LAWATAN KE CAMBODIA 02022015 (Siem Reap)
Saya telah merancang untuk membuat satu perjalanan solo (backpacker) ke Cambodia dan Vietnam. Tarikh perjalanan ialah dari 2hb Feb 2015 hingga 10hb Feb 2015. Tempat yang dirancang merangkumi Siem Reap, Phnom Penh dan Ho Chi Minh City di Vietnam. Dalam bahagian ini saya catatkan perjalanan bahagian pertama iaitu lawatan di Siem Reap, Cambodia. HARI PERTAMA (2/2/2015) KL-SIEM REAP Tiba di Siem Reap Airport Flight AK542 berlepas dari KLIA2 tepat jam 6:30 pagi. Touch down di Siem Reap pada jam 7:45 pagi waktu Cambodia (waktu Malaysia ialah 8:45). . Airport Siem Reap simple saja... Selepas pemeriksaan imigresen, pertama sekali saya buat ialah menukar wang USD ke matawang tempatan Riel (KHR). Kadar tukaran ialah USD1 = KHR4,000. (jadi kiranya KHR1,000 lebih kurang RM1) Kedua-dua matawang USD dan Riel boleh digunakan di Cambodia. Di luar airport sudah sedia menunggu transport 'tuk tuk' yang saya tempah untuk semua perjalanan saya di Siem Reap. Bayaran yang diperse...