LAWATAN KE BALI INDONESIA 17032015 - 20032015
Assalamualaikum semua. Ini ialah catatan lawatan saya dengan Ummi ke Bali Indonesia. Perjalanan kami bermula dari 17hb Mac 2015 sehingga 20hb Mac 2015, dan dengan menggunakan pakej yang diiklankan dalam internet. Tarikh perjalanan telah dipilih dengan penuh hati-hati memandangkan Hari Raya Nyepi penduduk Bali yang jatuh pada 21hb Mac 2015 (keesokan hari selepas kami berangkat pulang). Apakah Hari Nyepi dan keistimewaannya? Dari pemahaman kami, Hari Menyepi ialah hari suatu hari keagamaan Hindu di Bali di mana tidak harus ada aktiviti dijalankan di luar rumah dan memasak tidak dibenarkan sepanjang hari. Malam harinya penggunaan elektrik adalah dilarang kecuali dalam keadaan yang memudaratkan. Masyarakat bandar terutamanya akan bergegas balik ke kampung sehari sebelum Hari Raya Menyepi untuk bersama2 keluarga di sana. Jadi, apakah signifikannya hari tersebut kepada pelancong-pelancong seperti kita? Jika anda berada di hotel, anda pasti tidak akan dibenarkan keluar d...