LAWATAN KE CAMBODIA 05022015 (Phnom Penh)
Assalamualaikum.
Catatan perjalanan solo ini adalah perjalanan dari Siem Riep Cambodia ke Phnom Penh sebagai satu daripada siri jelajah IndoChina.
Tarikh perjalanan bagi entri ini ialah dari 5-Feb-2015 hingga 7-Feb-2015.
Ini juga merupakan sambungan dari entri yang dicatat dalam post terawal.
LAWATAN KE CAMBODIA 02022015 (Siem Reap)
Seawal jam 0700 saya sudah bersedia di luar Hostel One Stop Siem Reap menunggu kedatangan transport saya. Tempahan menggunakan van telah dibuat sehari sebelumnya. Saya membuat keputusan mengambil 15-seat passenger van dari menempah tiket bas ekspress setelah diberitahu van mengambil masa yang singkat dari bas. Harga tiket van yang dibayar ialah sebanyak USD13.
Van menjemput saya di hadapan hotel pada jam 07:15pagi. Setelah bergerak dan berhenti di beberapa penginapan lain untuk mengambil penumpang, van meneruskan perjalanan ke Phnom Penh. Selain dari penumpang-penumpang tempatan saya lihat ada seorang dari China dan Korea serta satu pasangan baru kahwin yang tak dapat saya pastikan nasionalitinya.
Keadaan jalanraya di Kemboja dan pemanduan sepanjang perjalanan amatlah mencabar. Pemanduan sentiasa di dalam stress sekali, apatah lagi dengan keadaaan jalan yang berlubang dan berdebu di kebanyakan bahagian jalanraya. Hentakan van yang begitu kerap tanpa hujungnya dapat dirasakan dengan begitu ketara. Jarang sekali penumpang dapat merehatkan badan dengan selesa apatah lagi melelapkan mata. Terfikir juga patutnya ambil bas sahaja.
Selepas lebih kurang empat jam perjalanan, van kami berhenti di sebuah R&R selama setengah jam untuk makan tengahari.
Selepas menyambung semula perjalanan, van tiba di destinasi di tengah-tengah kota Phnom Penh yang teramat sibuknya. Risau pula saya tengok kenderaan yang perlahan memenuhi setiap bahagian jalan di kota. Jam menunjukkan pukul 2:30 petang. Keseluruhan perjalanan tadi mengambil masa 7 jam.
Seperti yang dirancangkan saya terus menelefon Dahlan untuk pickup dengan 'tuk tuk'nya.
Sejurus kemudian dia tiba dan kami meneruskan perjalanan ke hostel saya yang berikutnya; iaitu Velkommen. Sebuah hostel yang sederhana tapi memadai untuk merehatkan diri dan tidur. Sewa di situ ialah RM72 untuk dua malam.
Dahlan memandu saya ke sebuah restoran halal yang berhampiran dengan hostel saya. Selepas makan (nasi goreng nenas dan teh o ais dengan harga USD5) saya rehatkan diri di kamar hostel. Sebelah petangnya saya berjalan di sepanjang river bank Phnom Penh yang cantik itu.
Keadaan jalanraya di kebanyakan tempat ...
Van berhenti di suatu R&R
Kedai makan di R&R...
Makanan tengahari saya....
Dahlan memandu tuk tuk dengan senang hati ke penginapan saya.
Suasana di tebing sungai Mekong Phnom Penh pada waktu petang
Jam 0800 mula tour dengan tuk tuk Dahlan. Destinasi: Killing Fields, Choeung Ek.
Perjalanan mengambil masa hampir 40 minit melalui jalan pintas sebab jalan utama jem.
Jalan pintas ni memang adventerous habis, dengan debunya dan lopaknya,lalu celah kedai dan lorong-lorong kecil. Penggunaan face mask memang sangat-sangat digalakkan.
Entrance fee: USD6
Audio Rental: USD7. Kalau tak sewa peralatan audio pun boleh juga tapi baik untuk memahami lebih mendalam tentang lawatan ini. Alang-alang dah sampai saya bayarlah sekali untuk audio aids/
Killing Fields Choeung Ek ialah satu daripda kawasan pembunuhan di Cambodia di mana lebih satu juta rakyat Cambodia dibunuh dengan kejamnya semasa permerintahan Khmer Rouge antara tahun 1975 dan 1979. Jumlah keseluruhan dalam lingkungan 3 juta.
Lawatan ke sini mengajar tentang sejarah dan mendalami pengetahuan sebenar tentang pembunuhan kejam. Sangat sedih dan menyayat hati mengetahui kejadian-kejadian yang berlaku di sini lebih-lebih lagi ia bukanlah sesuatu yang berlaku terlalu lama dahulu (saya sudah bersekolah ketika kejadian ini berlaku, cuma pada masa itu pengetahuan mengenai kejadian ini memang cetek dan terhad).
Gambar:
Lawatan saya teruskan ke sebuah muzium, Tuol Sleng Genocide Muzeum, yang merupakan sebuah penjara di mana tahanan Khmer Rouge di tahan dan diseksa. Kebanyakan dari mereka di sini di hantar ke killing field untuk dibunuh di situ.
Bayaran masuk USD3.
Selesai lawatan di atas saya dan Dahlan terus ke Masjid Bangkok untuk menunaikan solat Jumaat di situ. Masjid masih lagi di dalam pembinaan, jadi jemaah semuanya bersolat di dalam masjid sementara di kawasan yang berhampiran.
Masjid yang masih dalam pembinaan..
Lain-lain gambar sekitar Phnom Penh yang saya lawati...
Tour tamat jam 1730. Terimakasih Dahlan yang menjadi tour guide saya.
Kalau nak pergi Phnom Peng bolehlah contact Dahlan +85 974640706.
Pada sebelah malam saya berjalan kaki sahaja ke Night Market.
Gambar menunujukkan kawasan parkir yang dihamparkan dengan tikar di mana pengunjung boleh menikmati makan di kelilingi dengan gerai-gerai makan. Awas... cari yang halal saja okay?
Ikuti entri selanjutnya Perjalanan ke Ho Chi Minh City.
Wassalam.
Catatan perjalanan solo ini adalah perjalanan dari Siem Riep Cambodia ke Phnom Penh sebagai satu daripada siri jelajah IndoChina.
Tarikh perjalanan bagi entri ini ialah dari 5-Feb-2015 hingga 7-Feb-2015.
Ini juga merupakan sambungan dari entri yang dicatat dalam post terawal.
LAWATAN KE CAMBODIA 02022015 (Siem Reap)
HARI KE-4 (KHAMIS, 5 FEB 2015)
Hari ini saya memulakan perjalanan ke Phnom Penh dari Siem Reap.Seawal jam 0700 saya sudah bersedia di luar Hostel One Stop Siem Reap menunggu kedatangan transport saya. Tempahan menggunakan van telah dibuat sehari sebelumnya. Saya membuat keputusan mengambil 15-seat passenger van dari menempah tiket bas ekspress setelah diberitahu van mengambil masa yang singkat dari bas. Harga tiket van yang dibayar ialah sebanyak USD13.
Van menjemput saya di hadapan hotel pada jam 07:15pagi. Setelah bergerak dan berhenti di beberapa penginapan lain untuk mengambil penumpang, van meneruskan perjalanan ke Phnom Penh. Selain dari penumpang-penumpang tempatan saya lihat ada seorang dari China dan Korea serta satu pasangan baru kahwin yang tak dapat saya pastikan nasionalitinya.
Keadaan jalanraya di Kemboja dan pemanduan sepanjang perjalanan amatlah mencabar. Pemanduan sentiasa di dalam stress sekali, apatah lagi dengan keadaaan jalan yang berlubang dan berdebu di kebanyakan bahagian jalanraya. Hentakan van yang begitu kerap tanpa hujungnya dapat dirasakan dengan begitu ketara. Jarang sekali penumpang dapat merehatkan badan dengan selesa apatah lagi melelapkan mata. Terfikir juga patutnya ambil bas sahaja.
Selepas lebih kurang empat jam perjalanan, van kami berhenti di sebuah R&R selama setengah jam untuk makan tengahari.
Selepas menyambung semula perjalanan, van tiba di destinasi di tengah-tengah kota Phnom Penh yang teramat sibuknya. Risau pula saya tengok kenderaan yang perlahan memenuhi setiap bahagian jalan di kota. Jam menunjukkan pukul 2:30 petang. Keseluruhan perjalanan tadi mengambil masa 7 jam.
Seperti yang dirancangkan saya terus menelefon Dahlan untuk pickup dengan 'tuk tuk'nya.
Sejurus kemudian dia tiba dan kami meneruskan perjalanan ke hostel saya yang berikutnya; iaitu Velkommen. Sebuah hostel yang sederhana tapi memadai untuk merehatkan diri dan tidur. Sewa di situ ialah RM72 untuk dua malam.
Dahlan memandu saya ke sebuah restoran halal yang berhampiran dengan hostel saya. Selepas makan (nasi goreng nenas dan teh o ais dengan harga USD5) saya rehatkan diri di kamar hostel. Sebelah petangnya saya berjalan di sepanjang river bank Phnom Penh yang cantik itu.
Keadaan jalanraya di kebanyakan tempat ...
Suasana di tebing sungai Mekong Phnom Penh pada waktu petang
HARI KE-5 (JUMAAT, 6 FEB 2015)
Killing Fields Choeung Ek
Jam 0800 mula tour dengan tuk tuk Dahlan. Destinasi: Killing Fields, Choeung Ek.
Perjalanan mengambil masa hampir 40 minit melalui jalan pintas sebab jalan utama jem.
Jalan pintas ni memang adventerous habis, dengan debunya dan lopaknya,lalu celah kedai dan lorong-lorong kecil. Penggunaan face mask memang sangat-sangat digalakkan.
Entrance fee: USD6
Audio Rental: USD7. Kalau tak sewa peralatan audio pun boleh juga tapi baik untuk memahami lebih mendalam tentang lawatan ini. Alang-alang dah sampai saya bayarlah sekali untuk audio aids/
Killing Fields Choeung Ek ialah satu daripda kawasan pembunuhan di Cambodia di mana lebih satu juta rakyat Cambodia dibunuh dengan kejamnya semasa permerintahan Khmer Rouge antara tahun 1975 dan 1979. Jumlah keseluruhan dalam lingkungan 3 juta.
Lawatan ke sini mengajar tentang sejarah dan mendalami pengetahuan sebenar tentang pembunuhan kejam. Sangat sedih dan menyayat hati mengetahui kejadian-kejadian yang berlaku di sini lebih-lebih lagi ia bukanlah sesuatu yang berlaku terlalu lama dahulu (saya sudah bersekolah ketika kejadian ini berlaku, cuma pada masa itu pengetahuan mengenai kejadian ini memang cetek dan terhad).
Gambar:
Stupa peringatan.
Amat ramai pelancung berkulit putih yang datang
Tuol Sleng Genocide Muzeum
Lawatan saya teruskan ke sebuah muzium, Tuol Sleng Genocide Muzeum, yang merupakan sebuah penjara di mana tahanan Khmer Rouge di tahan dan diseksa. Kebanyakan dari mereka di sini di hantar ke killing field untuk dibunuh di situ.
Bayaran masuk USD3.
Masjid Bangkok Phnom Penh
Selesai lawatan di atas saya dan Dahlan terus ke Masjid Bangkok untuk menunaikan solat Jumaat di situ. Masjid masih lagi di dalam pembinaan, jadi jemaah semuanya bersolat di dalam masjid sementara di kawasan yang berhampiran.
Masjid yang masih dalam pembinaan..
Tour tamat jam 1730. Terimakasih Dahlan yang menjadi tour guide saya.
Kalau nak pergi Phnom Peng bolehlah contact Dahlan +85 974640706.
Night Market
Pada sebelah malam saya berjalan kaki sahaja ke Night Market.
Gambar menunujukkan kawasan parkir yang dihamparkan dengan tikar di mana pengunjung boleh menikmati makan di kelilingi dengan gerai-gerai makan. Awas... cari yang halal saja okay?
Pilihan saya ... USD2.50 (belum masuk Coke)
HARI KE-6 (SABTU, 7 FEB 2015)
Jam 0700 saya sudah dikejutkan untuk meneruskan perjalanan saya ke Vietnam menaiki bas.Ikuti entri selanjutnya Perjalanan ke Ho Chi Minh City.
Wassalam.
Salam bole emailkan no telefon dahlan di phnam penh, tq yuzliana@yahoo.com
ReplyDeleteHi, boleh minta nombor contact Dahlan tak? Thanks.
ReplyDeleteemail : ellyndoink@gmail.com