LAWATAN KE VIETNAM 07022015 (Bas Trip Phnom Penh ke Ho Chi Minh City)

Ini ialah catatan perjalanan solo ke Ho Chi Minh City.

Perjalanan ini ialah perjalanan backpacker dengan menaiki bas dari Phnom Penh, Cambodia ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Tempoh keseluruhan perjalanan adalah hampir 8 jam untuk jarak hampir 300km.

Entri terdahulu: LAWATAN KE CAMBODIA 05022015 (Phnom Penh)

Route from Phnom Penh to Ho Chi Minh City


SABTU, 7/2/2015

Jam 0730: Check-out Velkommen Backpacker Hostel, Phnom Penh

Tepat jam 0730 pintu bilik saya telah diketuk menandakan waktu untuk meneruskan perjalanan ke destinasi selanjutnya: Ho Chi Minh City. Di luar hostel, sebuah van telah sedia menjemput penumpang ke Terminal Bas Ekspress Phnom Penh.

Jam 0745: Bas bertolak dari terminal, destinasi: Ho Chi Minh City.

Tiket telah dibeli dari counter hostel saya sehari sebelum dengan harga USD14.
Perjalanan dengan bas Mekong amat selesa sekali. Ramai tourist adalah dari USA, Australia dan negara2 Asean .


Terminal bas ekspress berhampiran Orussey Market, Phnom Penh. Penumpang sudah bersedia menaiki bas.


Jam 0915: Feri crossing Mekong River di Neak Leang

Di sini semua kenderaan perlu menggunakan feri untuk menyeberangi Sungai Mekong yang panjang itu. Pemandangan sungai dari feri amat menarik. Tempoh perjalanan feri adalah lebih kurang 15 minit.


 Gambar dari dalam bas menghampiri jeti untuk menaiki feri menyeberangi Sungai Mekong.

 Feri di hadapan, menanti kenderaan.


Dalam perjalanan menyeberangi Sungai Mekong. lebih kurang macam naik feri Pulau Pinang.


Kenalan saya dari Japan jumpa atas bas - ramah orangnya...

 Banyak feri yang menyeberangi...



Seperti biasa di Cambodia, perniagaan tetap ada walau di dalam feri...


Mari beli.. Murah murah.





Jam 1015: Bas melalui bandar Neak Leang

Jam 1130: Bas melalui Svay Reang (sebuah bandar kecil Cambodia)

Jam 1215: Bas berhenti di kawasan rehat di Krong Bavet

Jam 1215 bas berhenti di suatu kawasan kedai untuk makan tengahari. Tempat ini sudah hamir dengan sempadan Cambodia/Vietnam.
Tak banyak pilihan makanan halal. Skip saja lunch sini. Saya makan roti bilis yang saya tapau dari Malaysia...


 Kedai makan di mana bas berhenti berhampiran sempadan Cambodia/Vietnam

 Sign board menunjukkan arah ke sempadan... Ho Chi Minh City lagi 80km.

Jam 1300: Memasuki kawasan sempadan Cambodia/Vietnam (Krong Bavet)

Di sini semua penumpang turun untuk cop passport keluar Cambodia.
Tidak berapa jauh semua orang berjalan kaki  menuju ke Imigresen Vietnam dan Kastam. Semua paspot penumpang di dalam bas dikumpulkan sekali dan diserahkan kepada Imigresen Vietnam. Masing-masing kemudiannya menunggu nama di panggil di entri masuk Vietnam.

Selesai proses semua kembali menaiki bas dn menyambung perjalanan ke Ho Chi Minh City.

Selamat datang ke Vietnam!

 Melintasi imigresen keluar dari Cambodia - nak masuk ke Vietnam




Beratur.... cop cop paspot keluar..


Memasuki Vietnam...

Jalan raya semakin sibuk memasuki Ho Chi Minh City. 


Jam 1600: Bas sampai di terminal Ho Chi Minh City, Street Pham Ngu Lao.

Sebelum sampai ke destinasi terakhir, bas sudah berhenti di dua tiga tempat menurunkan penumpang-penumpang di beberapa perhentian. Destinasi terahir bas ialah di sebuah perhentian di  Jalan Pham Ngu Lao. Dari sini saya cuma perlu berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke guest house yang saya tempah.



Bas berhenti di sini. Jalan Street Pham Ngu Lao. Hostel backpacker di belakang deretan kedai ini. Kawasan ini lebihkurang 800m dari pasar Ben Thanh.


Jam 1630: Check-in Backpacker Ngoc Thao Guest House



Ngoc Thao Guest House Ho Chi Minh City - Entrance


Penginapan saya di Ngoc Thao Guest House, Ho Chi Minh City Satu katil sewa RM110 untuk 4 hari 3 malam dari agoda.com

Jam 1830: Dinner at Restaurant Kampung Melayu 


Selepas berehat saya berjalan kaki di sekitar bandar - jalan2 cari makan.
Dinner at Restaurant Kampung Melayu  VND122,000 (RM21, agak mahal)
Jalan-jalan sekitar Ben Tanh yang telah ditutup, tapi pasar malam di sekelilingnya mula dibuka.

Beberapa restoran halal yang saya jumpa di sekitar penginapan.



Selepas makan dan bersiar-siar di taman yang berhampiran saya terus ke bilik untuk berehat setelah seharian berperjalanan.
Esoknya adventure ke Cu Chi Tunnel bermula.

Click here for next entry.



Comments