20230501 BALKAN DAY 2 MILAN, VENICE [ITALY]



Ini ialah sambungan post yang terawal catatan perjalanan ke negara Balkan untuk hari kedua. Lawatan hari ini ialah ke Milan dan Venice -Negara Italy.

MAP
---

HARI KE-2 (1/5/23) ISNIN

Euro Hotel, Milan

Selepas sarapan, kami check-out hotel Euro hotel dan bersedia untuk program seterusnya.

9:00 am
Hampir jam 9 pagi kami menaiki bas  'persiaran' kami untuk ke Milan city tour. Ini ialah bas yang digunakan sepanjang lawatan di negara Balkan. Di Milan kami melawat senibina bersejarah yang berada di sekitar bandar

Video menunjukkan kami berjalan kaki dari bas ke Sforza Castle.


Sforza Castle ialah sebuah kubu di zaman pertengahan.


Di sini juga terdapat muzeum di mana hasil karya agung dipamirkan>


Berjalan kaki berhampiran Duomo>

Walking down the street...

Duomo cathedral sebuah gereja cathedral di Milan.


Selepas itu kami juga berpeluang untuk melihat tempat-tempat membeli-belah dengan jenama fesyen terkemuka di dunia.

Milano Galleria Vittorio Emanuele.




GOOGLE ALBUM

11:30 am

Tepat jam 11:30 semua berkumpul semula di dalam bas untuk bergerak ke destinasi berikutnya ke Venice.

Complimentary 'kebab' diedarkan kepada kami sebagai lunch dalam bas sebab mengejar masa.

Complimentary 'kebab' diedarkan kepada kami sebagai lunch dalam bas sebab mengejar masa

11:27pm
Perjalanan dari Milan ke jeti  (Punta Sabbioni) untuk menaiki bot ke Venice mengambil masa  lima jam. (Jarak 331km google maps).

4:43 pm
Sampai jeti  Punta Sabbioni dan menunggu bot.




5:00 pm
Menaiki bot ke Venice city - jeti Cornoldi pier.


5:30 pm
Setengah jam kemudian  tiba di destinasi: Cornoldi pier.


Di sini kami mempunyai option samada untuk menaiki gondola atau tidak, Ramai yang belum pernah ke sini memilih untuk gondola ride..Cuaca hujan ketika itu, tapi tidak mematahkan semangat mereka. Bayaran gondola ialah EURO25 seorang. Perjalanan gondola kami pada jam 6:30 dan berakhir dalam setengah jam. Suatu pengalaman yang menakjubkan!

Gondola ride>


Berjalan di sekitar Piazza.>


Yang tidak memilih  gondola ride mereka berjalan-jalan di kawasan sekitar Piazza San Marco atau membeli-belah di kawasan berhampiran.


Aktiviti hari ini selesai di sini.

7:45 pm
Kami berhimpun jam 7:45pm untuk menaiki boat kembali ke tanah besar, seterusnya menaiki bas kami ke tempat penginapan di Venice malam ini - iaitu Hotel Ca' Di Valle Venice.


8:45 pm
 Kami sampai di hotel Penginapan Ca' Di Valle Venice. Dinner dan check-in.






Terima kasih.


GOOGLE ALBUM





Comments

Popular posts from this blog

LAWATAN KE ACEH INDONESIA 04032015 - 06032015

20230916 SUNGAI PETANI

20190802 PENANG - BKT MERTAJAM