20190801 LANGKAWI - PENANG
SOLO RIDE PENINSULAR
KHAMIS, 1/8/19 |
Ride hari ini dari Pulau Langkawi ke Pulau Pinang.
Summary dari Google maps timeline seperti di bawah.
Pagi keluar sama2 dengan Kiab pergi breakfast roti canai. Lepas tu straight ke tempat feri (roro) untuk perjalanan pulang.
Tiba di Kuala Perlis terus ke Kedai motor di Kangar untuk ganti tayar belakang yang bocor tu.
Dah siap sambung perjalanan ke destinasi selanjutnya untuk ziarah kawan Syed Rozlan di Alor Setar. Alhamdulillah kesihatan Syed Lan dah bertambah baik.
Sampai Penang terus masuk island menuju ke Balik Pulau. Misi nak cari Zaki kawan lama sekarang dah jadi pengetua MRSM di situ. Petang sampai. Lepak sekejap lepas tu keluar minum petang dan makan durian Balik Pulau naik kereta Zaki.
Malam pekena nasi kandar ajak sorang member lagi - Judin yang kebetulan duduk area situ.
Penamat malam terus ke MRSM dan bermalam di situ.
Comments
Post a Comment