LAWATAN KE ACEH INDONESIA 04032015 - 06032015
Catatan kembara secara backpacker ke Aceh, Indonesia. Tarikh kembara: 4/3/2015 hingga 6/3/2015. Entri ini adalah sambungan kembara dari Pulau Sabang dengan Apit. Klik sini untuk posting kembara di Sabang. RABU 4/3/2015 Jam 1530 Feri tiba dari Pulau Sabang Kapal lambat dari Pulau Sabang tiba di destinasinya di Pelabuhan Ulee Lheue. Setibanya di jeti kami terus mengikuti abang tuk tuk untuk mencari penginapan di Banda Aceh. Sebenarnya semasa ketibaan kapal lambat di jeti kami telah direkomenkan untuk mengambil tuk tuk abang ini yang kebetulan berkerja di atas feri sebab harganya berpatutan. Perjalanan ke bandar megambil masa setengah jam. Sampai di bandar kami mencari tempat penginapan. Jam 1630 Check-in Wisma Nuri Cendana gps 5.5539476,95.3093201 Semasa sampai di bandar kami singgah di sebuah penginapan untuk daftar tetapi sebab keadaan yang kurang selesa kami mengajak abang tuk tuk mencari tempat yang lain. Kami akhirnya check-in di hotel ini se...
Comments
Post a Comment