20230430 BALKAN DAY 1
Ini ialah catatan perjalanan berkumpulan yang dikendalikan oleh travel agen tempatan selama 13 hari (30/4/23 hingga 12/5/23) ke negara Balkan. Antara negara yang dilawati ialah: Italy, Croatia, Bosnia & Herzegovina, Montenegro, Albania, North Macedonia, Bulgaria dan Turki.
HARI PERTAMA (30/4/23) AHAD
TRAVEL MAP
---
---
KLIA
10:15 am
Penerbangan dengan Emirates Airline dari KLIA ke Milan, Italy dengan transit di Dubai.
Berlepas 10:15 pagi dari KLIA.
DUBAI AIRPORT
1:10 pm (GMT +4)
Tiba di lapangan terbang Dubai pada 1:10 petang waktu Dubai (GMT +4). Tempoh perjalanan lebih kurang 7 jam.
3:45 pm
Selepas transit selama 2.5 jam, penerbangan diteruskan pada jam 3:45 petang selama lebih kurang 7 jam lagi dan alhamdulillah tiba di Milan Airport pada 8:30 malam waktu tempatan (GMT +2).
MILAN AIRPORT
8:40 pm
WELCOME TO ITALY.🇮🇹
Ketibaan kami dinantikan oleh tour leader tempatan dari sebuah negara Balkan.
Bas dari airport ke Milan Hotel |
9:48 pm
Selesai urusan yang perlu di airport, kami dibawa terus dengan bas yang disedakan ke hotel penginapan Euro Residence Hotel, Milan.
Perjalanan ke hotel mengambil masa lebih kurang satu jam.
10:36 pm
Check-in Euro Hotel Residence: Kami kemudian dibekalkan dengan bungkusan nasi beriani sebagai makan malam.
...
Bilik Euro Hotel |
Comments
Post a Comment